Powered By Blogger
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

Bicara mengenai cinta si hawa


   pasangan beriman


Assalamualaikum.

Siapakah Pemilik Tulang Rusukku?

   Bagi para remaja perempuan, dan wanita yang masih belum berumahtangga samada yang sudah bertunang, bercouple, ataupun sudah mempunyai kawan istimewa, selagi belum punya ikatan yang sah pasti akan tertanya-tanya soalan ini termasuklah aa. hehehehehe.
Sebenarnya kaum adam pun punya persoalan yang sama cuma di entry ni aa nak fokus pada kaum hawa sebab aa lebih faham perasaan mereka. So kaum adam, aa tak halau kalau nak baca entry ni, mana tau sedikit sebanyak dapat belajar mengenai kaum yang lemah lembut ni. ^__^

Aku masih single, tiada siapa yang nak aku.

  Oooppss, biar aa betulkan ayat tu yer, kita single bukan tak laku tapi kita mahal! Abes tu, kami yang bercouple, yang ada kekasih hati ni murah lah ye? Aisshh, biar aa kasi persoalan yang kita selalu dengar. " Jika kita diberi pilihan untuk jadi buah epal, adakah kita hendak jadi yang di atas pokok atau kita hendak jadi yang di atas tanah?" Aa yakin 100% ingin menjadi yang di atas pokok, segar dan mencabar untuk dipetik. Kenapa kita tak nak jadi epal yang dah jatuh ke tanah? For sure lah, dah lah dah kotor, mungkin dah berulat pun kan? Tapi perlu diingat bukan semua epal yang di atas itu masih elok dan bukan semua epal yang berada di bawah itu berulat! So,bagi yang dah berpunya tu, kamu sudah dipetik cuma kamu masih belum menjadi hak milik penuh orang yang memetik tu. Jadi, dalam tempoh pemetik tu ingin menjadikan kamu yang halal baginya,maka perlulah kamu menjaga batas seperti yang disyariatkan agar mahal tu bukan sebagai harga yang dinilai. Bagi yang single, jagalah nilai kamu untuk pemetik yang ditakdirkan untukmu. Lambat-laun datang juga pemetik itu kepada kamu. Jangan risau yer. :)

Tapi, aku malu dengan rakan yang sudah berpunya :(

   Sahabat-sahabat, rakan-rakan, kaum hawa sekalian, aa menulis entry ni bukan sebagai kaunselor tempat memberi nasihat, malah bukan juga sebagai seorang wanita yang perasan baik tak nak bercouple.BUKAN! Tapi sebagai diri aa yang juga mengalami apa yang kalian rasakan.Betul, tipulah kalau aa cakap aa tiada rasa untuk menyayangi dan disayangi, bersama yang tersayang, bergurau manja dan sewaktu dengannya.Aa wanita dan inilah wanita, fitrah yang ada pada setiap yang bernama hawa. Namun aa selalu pesan pada diri, "jika kita malu pada orang yang sudah bercouple dan kita masih single, selayaknya kita meletakkan rasa malu itu pada pencipta kita Allah s.w.t. Dan seharusnya kita patut rasa bersyukur, Allah masih menjaga kita untuk bakal zauj kita." Dan lagi aa pesan pada diri, "Kalau tiba datang seseorang yang ingin memperisterikan kita, apakah kita sudah bersedia menerimanya sebagaimana yang kita impikan?" Sebab tu aa fikir mungkin diri kita belum bersedia sepenuhnya. Jadi, cakap pada aa untuk apa kita malu? Kalau kerana dianggap kita tak laku, kalian salah sama sekali!. Allah menjaga kita daripada dipandang seseorang yang bukan milik kita. Bukankah kita patut bangga tidak dipandang oleh mereka yang hanya memandang kecantikan dunia semata? Be cool ok. Sentiasa pesan pada diri supaya kita tidak malu bukan pada tempatnya.

Dunia sekarang memandang pada kecantikan.

    Teringat aa pada soalan kawan aa iaitu "Kalau semua orang suka orang yang cantik jer, abis macam mana dengan orang yang tak berapa cantik?" Killer tak soalan? So aa nak tanya kalian semua bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik? Aa yakin jawapan kalian pasti ada yang cliche. Tak sama, Pandangan setiap orang berbeza. Cantik itu subjektif. Kalau bagi aa yang dikatakan cantik perempuan itu apabila dia pandai jaga penampilan, kemas, punya aura untuk aa memandang lagi sekali dan yang paling penting yang suka tersenyum. Yang dikatakan cantik / handsome lelaki itu of course yang pertama aa suka tengok senyuman. Senyuman yang mampu membuat  aa turut tersenyum, then cara pertuturan yang unik. Kenal tak Imran Ajmain? Ha, macam tu lah,hehehhe. Itu bagi aa, pasti kalian punya citarasa berbeza. Jadi, jangan pernah mengatakan diri kita tak cantik. Entah-entah tanpa pengetahuan kamu ada orang sekeliling kamu yang merasakan kamu ni cantik tapi untuk memuji kamu depan-depan mungkin bukan caranya. Kita semua cantik tapi kita perlu menjadi lebih cantik pada pandangan Allah. Tolak ketepi pandangan manusia tu.
    
       Akhir bicara, untuk berjumpa pemilik tulang rusuk kita memerlukan pengorbanan agar impian hidup bersamanya menjadi kenyataan. Baca http://siszulaiha.blogspot.com/2013/11/indahnya-bernikah-sebelum-bercinta.html mengenai pandangan aa sebelum mencari cinta. Status single atau sudah berpunya bukan masalah yang perlu difikirkan tetapi cara pergaulan dan adab dengan yang bukan mahram itu yang perlu dibimbangkan. Persoalan lain mengenai malu biarlah pada tempatnya. Jangan kerana kawan berdosa, kita turut sama mendapat dosa. Dan mengenai kecantikan, tiada siapa yang mahu menjadi hodoh. Tapi kadangkala kerana sikap kita sendiri, kecantikan yang Allah anugerahkan hanya menjadi sia-sia di mata manusia lain. Jadi, jom muhasabah diri,perbetulkan niat tentang pencarian cinta kita. Semoga kita semua dapat mencari Zauj yang mampu mengingatkan kita kepada asal-usul kejadian kita iaitu tanah dan kepada Allah sebaik-baik tempat kita kembali.

Wallahu'alam.   

Saturday, 2 November 2013

Cinta itu Buta atau Suci?

Assalamualaikum.

     Apa khabar iman pada hari ini? semakin bertambah atau berkurang atau same jer levelnya? Tepuk dada tanya iman yer. Ok, entri kali ni aa nak sentuh sikit pasal hati. Bukan nak ambil hati yer,tapi nak berbicara mengenai hati. Kalau aa cakap pasal hati, rasanya apa yang terlintas di fikiran korang? Ha,mesti fikir pasal kekasih hati, jodoh, tunang, hubby, honey, beby, sayang n sewaktu lah dengannya. kan, kan, kan? hehehehehhehe...

     So, aa nak berkongsi sedikit rasa hati dengan korang semua. Ye, aa mungkin tiada pengalaman dalam bercinta tapi aa pernah merasakan apa itu cinta yang membuatkan aa faham dunia cinta ni walau mungkin tak semuanya. Benarlah pepatah yang cinta itu buta dan boleh membutakan. Tapi bagi aa ianya berbeza dengan pepatah aa bahawa cinta itu suci dan sucinya ia mampu menerangkan cinta yang buta. Nampak tak gamenya di situ,hehehhe.

    Pokok asas cinta adalah hati. Kalau korang rasa nak jadi buta dalam bercinta, mudah saja. Cuma cari orang yang boleh buat jantung korang dup dap dup dap, then bercinta n rasalah kebutaannya.
Tapi kalau korang nak rasa cinta yang boleh menerangkan kebutaan cinta tu, korang kena berkorban.
Eh, apa nak korban pulak ni. aku manusia, bukan lembu. Ye, sebab kita ni manusia lah kita kene buat sedikit pengorbanan dalam hidup kita. Kita perlu berkorban untuk MENJADI sebelum MENCARI.

    Yang aa maksudkan kat sini adalah kita perlu berusaha untuk menjadi seperti apa yang kita harapkan untuk pasangan kita. Bahasa mudahnya, kita nak orang yang solat 5 waktu. So kita kena n wajib jaga solat 5 waktu kita. Simple as that. Tu contohlah ea. Korang punya contoh mesti lain kan.

Korang pernah denar tak ayat ni "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Mesti pernah kan?.N mesti korang selalu pertikaikan camni "Ada je aku tengok kawan aku yang jahat dapat perempuan yang gila baik?". Kan. So, aa nak tanya korang, agaknya korang tahu ke apa yang ada dalam hati kawan korang tu? Yup, niat dia! Nawaitu terhadap ALLAH. Mungkin yang korang nampak, dia tu jahat tapi hakikatnya di hati dia ingin untuk berubah. Mana tahu lah kan. Sebab tu Allah kurniakan seseorang yang boleh membimbing dia.

Jadi, percaya pada takdir Allah! Itu adalah jalan yang paling terbaik. Kepada yang masih mencari, teruskan usaha,banyakkan berdoa, istikharah n tawakal. Pasti ada lorongnya. Jangan lupa, minta doa dari ibubapa. Dan tak salah jika kita minta doa daripada alim ulama'. Yang penting diri kita. Jaga hubungan dengan Allah.

                                       

Ada faham? Sekarang ni pilihan korang nak pilih yang membutakan atau menerangkan yang buta!!
Wallahu'alam.