Assalamualaikum.
Siapakah Pemilik Tulang Rusukku?
Bagi para remaja perempuan, dan wanita yang masih belum berumahtangga samada yang sudah bertunang, bercouple, ataupun sudah mempunyai kawan istimewa, selagi belum punya ikatan yang sah pasti akan tertanya-tanya soalan ini termasuklah aa. hehehehehe.
Sebenarnya kaum adam pun punya persoalan yang sama cuma di entry ni aa nak fokus pada kaum hawa sebab aa lebih faham perasaan mereka. So kaum adam, aa tak halau kalau nak baca entry ni, mana tau sedikit sebanyak dapat belajar mengenai kaum yang lemah lembut ni. ^__^
Aku masih single, tiada siapa yang nak aku.
Oooppss, biar aa betulkan ayat tu yer, kita single bukan tak laku tapi kita mahal! Abes tu, kami yang bercouple, yang ada kekasih hati ni murah lah ye? Aisshh, biar aa kasi persoalan yang kita selalu dengar. " Jika kita diberi pilihan untuk jadi buah epal, adakah kita hendak jadi yang di atas pokok atau kita hendak jadi yang di atas tanah?" Aa yakin 100% ingin menjadi yang di atas pokok, segar dan mencabar untuk dipetik. Kenapa kita tak nak jadi epal yang dah jatuh ke tanah? For sure lah, dah lah dah kotor, mungkin dah berulat pun kan? Tapi perlu diingat bukan semua epal yang di atas itu masih elok dan bukan semua epal yang berada di bawah itu berulat! So,bagi yang dah berpunya tu, kamu sudah dipetik cuma kamu masih belum menjadi hak milik penuh orang yang memetik tu. Jadi, dalam tempoh pemetik tu ingin menjadikan kamu yang halal baginya,maka perlulah kamu menjaga batas seperti yang disyariatkan agar mahal tu bukan sebagai harga yang dinilai. Bagi yang single, jagalah nilai kamu untuk pemetik yang ditakdirkan untukmu. Lambat-laun datang juga pemetik itu kepada kamu. Jangan risau yer. :)
Tapi, aku malu dengan rakan yang sudah berpunya :(
Sahabat-sahabat, rakan-rakan, kaum hawa sekalian, aa menulis entry ni bukan sebagai kaunselor tempat memberi nasihat, malah bukan juga sebagai seorang wanita yang perasan baik tak nak bercouple.BUKAN! Tapi sebagai diri aa yang juga mengalami apa yang kalian rasakan.Betul, tipulah kalau aa cakap aa tiada rasa untuk menyayangi dan disayangi, bersama yang tersayang, bergurau manja dan sewaktu dengannya.Aa wanita dan inilah wanita, fitrah yang ada pada setiap yang bernama hawa. Namun aa selalu pesan pada diri, "jika kita malu pada orang yang sudah bercouple dan kita masih single, selayaknya kita meletakkan rasa malu itu pada pencipta kita Allah s.w.t. Dan seharusnya kita patut rasa bersyukur, Allah masih menjaga kita untuk bakal zauj kita." Dan lagi aa pesan pada diri, "Kalau tiba datang seseorang yang ingin memperisterikan kita, apakah kita sudah bersedia menerimanya sebagaimana yang kita impikan?" Sebab tu aa fikir mungkin diri kita belum bersedia sepenuhnya. Jadi, cakap pada aa untuk apa kita malu? Kalau kerana dianggap kita tak laku, kalian salah sama sekali!. Allah menjaga kita daripada dipandang seseorang yang bukan milik kita. Bukankah kita patut bangga tidak dipandang oleh mereka yang hanya memandang kecantikan dunia semata? Be cool ok. Sentiasa pesan pada diri supaya kita tidak malu bukan pada tempatnya.
Dunia sekarang memandang pada kecantikan.
Teringat aa pada soalan kawan aa iaitu "Kalau semua orang suka orang yang cantik jer, abis macam mana dengan orang yang tak berapa cantik?" Killer tak soalan? So aa nak tanya kalian semua bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik? Aa yakin jawapan kalian pasti ada yang cliche. Tak sama, Pandangan setiap orang berbeza. Cantik itu subjektif. Kalau bagi aa yang dikatakan cantik perempuan itu apabila dia pandai jaga penampilan, kemas, punya aura untuk aa memandang lagi sekali dan yang paling penting yang suka tersenyum. Yang dikatakan cantik / handsome lelaki itu of course yang pertama aa suka tengok senyuman. Senyuman yang mampu membuat aa turut tersenyum, then cara pertuturan yang unik. Kenal tak Imran Ajmain? Ha, macam tu lah,hehehhe. Itu bagi aa, pasti kalian punya citarasa berbeza. Jadi, jangan pernah mengatakan diri kita tak cantik. Entah-entah tanpa pengetahuan kamu ada orang sekeliling kamu yang merasakan kamu ni cantik tapi untuk memuji kamu depan-depan mungkin bukan caranya. Kita semua cantik tapi kita perlu menjadi lebih cantik pada pandangan Allah. Tolak ketepi pandangan manusia tu.
Akhir bicara, untuk berjumpa pemilik tulang rusuk kita memerlukan pengorbanan agar impian hidup bersamanya menjadi kenyataan. Baca http://siszulaiha.blogspot.com/2013/11/indahnya-bernikah-sebelum-bercinta.html mengenai pandangan aa sebelum mencari cinta. Status single atau sudah berpunya bukan masalah yang perlu difikirkan tetapi cara pergaulan dan adab dengan yang bukan mahram itu yang perlu dibimbangkan. Persoalan lain mengenai malu biarlah pada tempatnya. Jangan kerana kawan berdosa, kita turut sama mendapat dosa. Dan mengenai kecantikan, tiada siapa yang mahu menjadi hodoh. Tapi kadangkala kerana sikap kita sendiri, kecantikan yang Allah anugerahkan hanya menjadi sia-sia di mata manusia lain. Jadi, jom muhasabah diri,perbetulkan niat tentang pencarian cinta kita. Semoga kita semua dapat mencari Zauj yang mampu mengingatkan kita kepada asal-usul kejadian kita iaitu tanah dan kepada Allah sebaik-baik tempat kita kembali.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment