Powered By Blogger

Friday, 11 March 2016

Majlis Pertunangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Aa  arini nak throwback cerita cinta aa.
Ooooppppssss, bukan kahwin yer. sekadar majlis pertunangan yang serba serbi.
Tarikh bersejarah aa ni 21/11/15. hari sabtu. Sebenarnya tarikh tu dianjak sehari awal memandangkan tahap kesihatan mak tunang waktu agak tak baik. Tapi alhamdulillah, majlis berjalan dengan sempurna. Ni antara gambar waktu majlis :)


siszulaiha.blogspot.com
Cakkk, hasil lepas makeup. sangatlah lain ok muka aa.
Untuk makeup ni, aa gunakan khidmat daripada K.Lia Mohamad. Nama fb dy Lia Mohamad. Sebab tarikh aa da berubah, k.lia ni terpaksa datang umah aa awal pagi sebab dia ade job tmpt lain plak. Mjlis aa lepas zuhur ok. Make up ni pukul 8am. Time aa ambil pic ni, dah pukul 1 lebih. Makeup masih kukuh. Memang best makeup dia :)
siszulaiha.blogspot.com
sory, gambar gegar. ni je gmbr sarung cincin yang ade. hahahaha


siszulaiha.blogspot.com
bersama bakal mak mertua


siszulaiha.blogspot.com
Cewah. Bersama mr.Fiance

Sebenarnya aa xnak buat pelamin pun tapi sebab abang ngah ngn isteri dia k.zira nak sponsor pelamin, aa pun menadah rezeki je,. Alhamdulillah. Pelamin tunang ni aa ambik tema rustic. Sebenarnya disebabkan tarikh yang ditukar, aa hampir-hampir hilang duit booking tu. Nasib baik akak yang uruskan pelamin ni kasi aa pelamin yang berharga rm500++ sebab tu je ada kekosongan. Tapi yang bestnya aa bayar dengan harga yang asal aa deal. Alhamdulillah rezeki lagi. So, pelamin ni memang la macam pelamin kahwin. Terima kasih untuk khidmat daripada KAYU BUROK Photobooth & Mini Pelamin. Tu nama fb dy ye ")




siszulaiha.blogspot.com
pink tu belah aa. Yang biru tu yang eklusif tu belah laki

Ni hantaran kedua belah pihak. :)
Mohon doanya untuk majlis aa tahun ni yer. Tarikh masih belum ada disebabkan masalah kesihatan belah aa n belah laki. Semoga urusan aa membina masjid dipermudah. Amin Ya Rabbal'alamin.
      

JURURAWAT?

Assalamualaikum kepada yg membaca post ni ;)


Dah hampir 1 tahun 8 bulan aa bekerja dalam bidang nursing ni.
tak pernah pun aa fikirkan aa akan menjadi nurse. Yelah, kalau ikut fikiran cetek aa dulu, nurse ni cuma satu pekerjaan kelas bawahan. lepas tu kene pakai uniform pulak tu. Well, aa memang tak minat pakaian beruniform ni dari sekolah rendah dulu. memang memanjang aa join kelab puteri islam je. hahaha. tapi...tapi,...tapi....

Sekarang aa dah kerja dah pun. Alhamdulillah. Aa percaya mesti ada hikmah di sebalik takdir aa ni.
Well, aa cuma lepasan Diploma in Nursing je. Sebenarnya jadi nurse ni bukanlah seteruk yang aku fikirkan dulu. Kau masih boleh jadi muslimah yang menjaga aurahnya. Itu semua kehendak dan pilihan kita. and yes, hari-hari itulah pakaian kau. hahahha. Best jugakkan, tak payahlah kau nak fikirkan esok nak pakai baju ape, padan dengan tudung apa, dan segalanya. Kau boleh cantik-cantik lepas keje.Sebab apa?

Jururawat n kerja shift taw. 7am-2pm, 2pm-9pm, 9pm-7.30am. ni yang latest utk time ktorang keje. Kalau kau freshie n kalau ada kes, x pelik la kalau kau balik lewat dari kebiasaan. So, banyak masa terluang sebenarnya kalau nak difikirkan. kepada yang suka berjimba sana sini, memang elok la kome. Aa ni suka lepak umah je. hahahha

So, kepada yang ragu-ragu nak masuk profesion ni ataupun rasa terpaksa kan. Aa nasihatkan korang semua relakanlah. Mula-mula tu memang la agak susah nak terima. Tapi alah bisa tegal biasa. ^_^
Gaji agak lumayan untuk tahap diploma ni tau. macam latest ni basic rm1600++. Kalau campur elaun bagai, rm2500++. tu belum kira kenaikan tiap tahun. Sekarang ni susah nak cari kerja taw. So, please jangan cerewet sangat. heheheeeee

bina keyakinan dengan selfie. mihmihmih

Lastly, aa just nak pesan kt korang yang berminat nak jadi nurse, "segalanya bermula dengan niat".
jadi nurse pun boleh jadi pengajar, jadi nurse pun boleh sambung diploma. Jadi nurse pun boleh sambung master. Jadi nurse pun boleh jadi ustazah. Kerjalah apa pun janji rezeki tu halal :).

Salam sayang daripada misi Zulaiha.

Sunday, 23 February 2014

~Bahagia~

Assalamualaikum.

Dah lama aa berpuasa daripada menulis blog. Aa tak busy mana pun cuma ketiadaan mood untuk menulis. Kadang-kadang banyak perkara yang aa nak kongsikan,kupas tapi semua tu hanya dimainkan dalam minda aa sahaja tanpa aa terjemahkan. Hari ni mood tu datang semula selepas malam tadi aa buka blog aa. Kenapa?? Hampir 2 bulan aa tak menjenguk blog aa, then bila aa tengok review untuk bulan lepas, masih ada pembaca yang melawat blog aa. Terima kasih aa ucapkan. J

Ok, berbalik semula dengan tajuk yang aa nak kupaskan hari ni adalah tentang bahagia. Sebenarnya apa yang didefinisikan dengan bahagia? Adakah sepanjang anda hidup ni anda sudah merasai bahagia? Dan adakah anda sudah puas dengan rasa bahagia itu? Atau masih ada di kalangan anda yang masih tercari-cari kebahagiaan itu? Jom baca kupasan aa tentang isu bahagia ni.

Bahagia itu adalah rasa yang ada dalam hati kita. Begitu juga seperti cinta. Ianya kompleks. Ada orang bahagia apabila bersama keluarganya atau bersama yang tersayang. Ada juga yang bahagia apabila dapat cuti,gaji. Ada juga yang merasai bahagia apabila dapat mencapai kepuasan yang diimpikan.

Teringat aa pada lagu nasyid UNIC  yang bertajuk “ Hakikat Bahagia”. Mari dengar halwa telinga yang boleh membuatkan kita faham erti sebenar bahagia.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata
Di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Makhluk di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jua kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kau yang  jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bilasi hati yang lupakan tuhan

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud tersemi illahi
Itulah zikir yang hakiki

So, nampak tak gamenya kat situ.hehehehe. Hakikat bahagia yang sebenar-benarnya apabila hati kita ni subur mengingati Allah. Aa bukan membincangkan maksud nasyid di atas, tapi itulah yang aa maksudkan yang sebenarnya. Cuba kita berfikir semula jika kita berada dalam kesusahan atau kesempitan, siapa yang kita akan cari? Bukankah Allah yang kita cari? Fitrah manusia untuk mencari tuhan ketika tiada tempat lagi untuk bersandar  atau bergantung. Sedikit-sedikit kita cuba menggagahkan diri dalam mengharungi kehidupan. Tapi kita manusia, mudah lupa! Lupa di saat kita berjaya mengecapi bahagia yang minda kita cipta. Tanpa pedulikan siapa yang bersama kita dikala kita menangis kesedihan. Allahuakbar. Allah,Allah,Allah.

Jadi, aa nak tanya, adakah anda tergolong dalam golongan yang bahagia? Macam mana nak tahu? Senang jer, dalam situasi hidup anda sekarang ni tak kiralah apa pun masalah anda, adakah anda berasa tenang? Jika ya jawapan anda, anda adalah seorang yang dapat merasakan bahagia dalam hidup anda.

Ke mana pun kita nak kemudikan hidup kita, sentiasa bawa Allah dalam diri kita. InsyaAllah,Allah akan bimbing kita dalam berasa bahagia yang lain dari yang lain. Adapun, jika kita hendak melakukan perkara yang dilarang Allah, semoga apabila kita sentiasa meletakkan Allah dalam hati kita, kita dapat mencegah daripada melakukannya. Anda nak bahagia? Aa pun nak dan aa sedang merasainya. Alhamdulillah.  Semoga aa dapat menjaga rasa bahagia ini. Tapi anda?

Mari kita cari bahagia yang hakikatnya berada di hati kita dan kita sebarkannya. Jom aa kongsi cara aa. Cari tempat untuk berbaring,then baring. Pandang syiling, letak tangan kanan di kawasan jantung anda. Cuba komunikasi dengan Allah. Ceritalah apa yang anda dah buat sehari tu. Tak kisah apa pun, pasal keluarga, kekasih, kawan, masalah, duit, ataupun cita-cita walhal baju yang anda pakai hari ni warna apa pun takpe. Pelik? Itu yang kita tak tahu, kita berasakan kita hanya boleh berkomunikasi dengan Allah semasa solat sahaja sedangkan kita ada waktu lain untuk berjumpa dengan Dia. Senang kan. Tak susah. Kalau rasa nak berdiri pun boleh. Selalunya kalau aa berdiri aa suka pandang keindahan alam sambil membuat dialog dengan Allah.

Time tu kita akan rasa tenang sangat, rasa beban semua terluah. Kadang-kadang kita manusia ni suka cerita masalah kat orang lain pun bukan nak harapkan mereka menyaelesaikan masalah kita, tapi kita nak mereka mendengar cerita kita sahaja. Kan. Betul kan aa cakap.


Oklah, aa harap anda-anda yang membaca dapat mengambil sedikit sebanyak mengenai hakikat bahagia. Apapun aa doakan semoga kita semua adalah manusia yang bahagia di akhirat kelak. InsyaAllah, amin.

Tuesday, 19 November 2013

Wad Psikiatrik

Assalamualaikum.

  Dah lama rasanya tak menaip di blog ni. Banyak cerita tapi masih sukar untuk diterjemahkan. Lagi-lagi bila dah start praktikal kat wad.So,ni jer yang aa nak kongsikan hari ni mengenai wad psikiatrik.
                                                                                                           
   Agak bosan. Takde aktiviti. Sebelum ni ada pelatih Jururawat Masyarakat, JM, pelatih pembantu perubatan, PMA. So, ada je aktiviti. Kali ni, disebabkan hanya kami Jururawat Pelatih,perempuan pula tu memang susah buat aktiviti,. Sebab kalau kami nak masuk, perlu ada staf lelaki yang menemani kami. Nmpak tak susahnya kat situ. So far, staf kat situ ok lah.

  Ingat tak sebelum ni aa ada cerita pasal wad psikiatrik ni? Baca http://siszulaiha.blogspot.com/2013/11/sihat-tapi-sakit-mental-apakah-faktor.html .
So, aa nak tanya koranglah, korang rasa mereka yang mengalami gangguan mental ni boleh sembuh ke?
Ha, rasanya? Sebenarnya boleh tapi peratusan yang sembuh sepenuhnya amatlah sedikit tapi ia boleh dikawal. Dengan pengambilan ubat yang teratur, elak stress dan lagi elak segala jenis dadah. InsyaAllah, simptom penyakit dapat dikawal. Sokongan dari keluarga amatlh penting ye.

  Cuba korang fikir, selama mana pesakit itu berada di wad psikiatrik, mereka seperti dikurung dalam satu rumah dan hanya bersosial sesama mereka dan staff yang menjaga. Aktiviti yang terhad, makanan hospital (you know what i mean), gerak geri diperhatikan. Yang ada hanya katil, meja makan, tandas, tv. So, kalau koranglah dikurung macam tu, agak-agak jadi apa? Aa sendirilah dah merasa dikurung sebegitu di kolej. Cukuplah, memang menduga mental betul. Kalau tak kuat tu dah boleh kena tekanan perasaan tau. Tapi, itulah saja cara bagi memastikan pesakit-pesakit ni mendapat rawatan yang berkesan di samping pemerhatian yang rapi terhadap status mental mereka.

  Kita tak menghadapi apa yang mereka rasa. Kita cuma tahu judge, dan menjatuhkan hukum. Hakikatnya mereka saje yang tahu kenapa mereka berbuat demikian. Kita perlu bantu, beri sokongan supaya mereka terus kuat menjadi sebagaimana manusia normal. Kadang-kadang bukan mereka minta penyakit sebegitu tapi itulah ujian yang perlu mereka tempuh di dunia ini. Kita yang bernasib baik ni banyak-banyaklah berdoa untuk diri dan keturunan kita supaya terhindar dari penyakit yang melibatkan masalah mental.

Wallahu'alam.
  

Sunday, 10 November 2013

Bicara mengenai cinta si hawa


   pasangan beriman


Assalamualaikum.

Siapakah Pemilik Tulang Rusukku?

   Bagi para remaja perempuan, dan wanita yang masih belum berumahtangga samada yang sudah bertunang, bercouple, ataupun sudah mempunyai kawan istimewa, selagi belum punya ikatan yang sah pasti akan tertanya-tanya soalan ini termasuklah aa. hehehehehe.
Sebenarnya kaum adam pun punya persoalan yang sama cuma di entry ni aa nak fokus pada kaum hawa sebab aa lebih faham perasaan mereka. So kaum adam, aa tak halau kalau nak baca entry ni, mana tau sedikit sebanyak dapat belajar mengenai kaum yang lemah lembut ni. ^__^

Aku masih single, tiada siapa yang nak aku.

  Oooppss, biar aa betulkan ayat tu yer, kita single bukan tak laku tapi kita mahal! Abes tu, kami yang bercouple, yang ada kekasih hati ni murah lah ye? Aisshh, biar aa kasi persoalan yang kita selalu dengar. " Jika kita diberi pilihan untuk jadi buah epal, adakah kita hendak jadi yang di atas pokok atau kita hendak jadi yang di atas tanah?" Aa yakin 100% ingin menjadi yang di atas pokok, segar dan mencabar untuk dipetik. Kenapa kita tak nak jadi epal yang dah jatuh ke tanah? For sure lah, dah lah dah kotor, mungkin dah berulat pun kan? Tapi perlu diingat bukan semua epal yang di atas itu masih elok dan bukan semua epal yang berada di bawah itu berulat! So,bagi yang dah berpunya tu, kamu sudah dipetik cuma kamu masih belum menjadi hak milik penuh orang yang memetik tu. Jadi, dalam tempoh pemetik tu ingin menjadikan kamu yang halal baginya,maka perlulah kamu menjaga batas seperti yang disyariatkan agar mahal tu bukan sebagai harga yang dinilai. Bagi yang single, jagalah nilai kamu untuk pemetik yang ditakdirkan untukmu. Lambat-laun datang juga pemetik itu kepada kamu. Jangan risau yer. :)

Tapi, aku malu dengan rakan yang sudah berpunya :(

   Sahabat-sahabat, rakan-rakan, kaum hawa sekalian, aa menulis entry ni bukan sebagai kaunselor tempat memberi nasihat, malah bukan juga sebagai seorang wanita yang perasan baik tak nak bercouple.BUKAN! Tapi sebagai diri aa yang juga mengalami apa yang kalian rasakan.Betul, tipulah kalau aa cakap aa tiada rasa untuk menyayangi dan disayangi, bersama yang tersayang, bergurau manja dan sewaktu dengannya.Aa wanita dan inilah wanita, fitrah yang ada pada setiap yang bernama hawa. Namun aa selalu pesan pada diri, "jika kita malu pada orang yang sudah bercouple dan kita masih single, selayaknya kita meletakkan rasa malu itu pada pencipta kita Allah s.w.t. Dan seharusnya kita patut rasa bersyukur, Allah masih menjaga kita untuk bakal zauj kita." Dan lagi aa pesan pada diri, "Kalau tiba datang seseorang yang ingin memperisterikan kita, apakah kita sudah bersedia menerimanya sebagaimana yang kita impikan?" Sebab tu aa fikir mungkin diri kita belum bersedia sepenuhnya. Jadi, cakap pada aa untuk apa kita malu? Kalau kerana dianggap kita tak laku, kalian salah sama sekali!. Allah menjaga kita daripada dipandang seseorang yang bukan milik kita. Bukankah kita patut bangga tidak dipandang oleh mereka yang hanya memandang kecantikan dunia semata? Be cool ok. Sentiasa pesan pada diri supaya kita tidak malu bukan pada tempatnya.

Dunia sekarang memandang pada kecantikan.

    Teringat aa pada soalan kawan aa iaitu "Kalau semua orang suka orang yang cantik jer, abis macam mana dengan orang yang tak berapa cantik?" Killer tak soalan? So aa nak tanya kalian semua bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik? Aa yakin jawapan kalian pasti ada yang cliche. Tak sama, Pandangan setiap orang berbeza. Cantik itu subjektif. Kalau bagi aa yang dikatakan cantik perempuan itu apabila dia pandai jaga penampilan, kemas, punya aura untuk aa memandang lagi sekali dan yang paling penting yang suka tersenyum. Yang dikatakan cantik / handsome lelaki itu of course yang pertama aa suka tengok senyuman. Senyuman yang mampu membuat  aa turut tersenyum, then cara pertuturan yang unik. Kenal tak Imran Ajmain? Ha, macam tu lah,hehehhe. Itu bagi aa, pasti kalian punya citarasa berbeza. Jadi, jangan pernah mengatakan diri kita tak cantik. Entah-entah tanpa pengetahuan kamu ada orang sekeliling kamu yang merasakan kamu ni cantik tapi untuk memuji kamu depan-depan mungkin bukan caranya. Kita semua cantik tapi kita perlu menjadi lebih cantik pada pandangan Allah. Tolak ketepi pandangan manusia tu.
    
       Akhir bicara, untuk berjumpa pemilik tulang rusuk kita memerlukan pengorbanan agar impian hidup bersamanya menjadi kenyataan. Baca http://siszulaiha.blogspot.com/2013/11/indahnya-bernikah-sebelum-bercinta.html mengenai pandangan aa sebelum mencari cinta. Status single atau sudah berpunya bukan masalah yang perlu difikirkan tetapi cara pergaulan dan adab dengan yang bukan mahram itu yang perlu dibimbangkan. Persoalan lain mengenai malu biarlah pada tempatnya. Jangan kerana kawan berdosa, kita turut sama mendapat dosa. Dan mengenai kecantikan, tiada siapa yang mahu menjadi hodoh. Tapi kadangkala kerana sikap kita sendiri, kecantikan yang Allah anugerahkan hanya menjadi sia-sia di mata manusia lain. Jadi, jom muhasabah diri,perbetulkan niat tentang pencarian cinta kita. Semoga kita semua dapat mencari Zauj yang mampu mengingatkan kita kepada asal-usul kejadian kita iaitu tanah dan kepada Allah sebaik-baik tempat kita kembali.

Wallahu'alam.   

Wednesday, 6 November 2013

Exam itu beban atau hadiah?

Assalamualaikum.

   Siapa yang tengah baca ni nga exam?? hee, takpe x payah angkat tangan, aa taw ramai nga exam. Musim exam la katakan. dengan SPM, test, final exam,. Tak ketinggalan untuk budak sekolah asrama yang ngah bertungkus-lumus abeskan paper sebab lepas ni nak balik rumah. Kan kan.. Begitu juga aa ni, aa pun bru abes jawab pekse pagi tadi. Esok paper kedua - surgical nursing. doakan aa dapat jawab dengan tenang ye. oooppsss, ok2 kita doa sama-sama. Semoga kita semua dapat menjawab soalan dengan tenang, dikurniakan ilham dikala lupa dan semoga penanda-penanda kertas kita dilembutkan hati untuk menerima jawapan kita.Amin.

  Ok,berbalik kepada main utama kita arini masih mengenai exam tetapi bukan exam yang kat atas ni
Ha,exam apa yang nak dibincangkan kali ni?

                               examination

   Exam yang dimaksudkan adalah exam dalam hidup kita atau mudah kita sebut sebagai ujian.

Semua orang pernah alami termasuk hamba-hamba Allah yang lain. Masing-masing ada ujian tersendiri yang perlu dihadapi. Rasa-rasanya kita sahaja ke yang diuji? Bagaimana dengan haiwan? Jin? Makhluk bunian? habis tu macam mana pula dengan tumbuhan, bumi, alam semestar, langit, dan semua yang ada di mukabumi ni?. Agak-agak korang lah kan, mereka-mereka semua ni diuji juga ke? Answer please?
Ya, kita semua diuji tetapi maksud ujian kita tidaklah sama dengan maksud ujian 'mereka'. Wallahu'alam.

Ujian!

    Seringkali perkataan tersebut meniti di bibir kita dan diexpresskan dengan perasaan yang sedih. Seringkali juga kita menganggap ianya sesuatu yang menjatuhkan kita. Ya, itu mentaliti kita pada zaman ni! Namun begitu saya yakin masih ada segelintir daripada kita yang menganggap ujian sebagai satu rahmat, satu sumber kekuatan, dan sebagai tanda bahawa Allah masih ingat pada kita.

      Apa ujian kita sebagai seorang manusia?  Ya, manusia. Bukan anak, bukan pelajar,ibu, bapa, guru,doktor, bahkan bukan jua kawan. Tetapi umumnya sebagai seorang manusia ujian, dugaan, yang perlu kita semua tempuh adalah lima perkara sebelum lima perkara. Ada sesiapa tahu apa itu  lima perkara sebelum lima perkara? Ha cer nyanyi sikit lagu raihan yang famous ni :

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian,

Melainkan yang beriman dan beramal sholeh,
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal,
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali,
Ingat lima perkara sebelum lima perkara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.


    Amboi,dengan lenggok sekali menyanyi. hehehe.. Takpe2.Ok, semua itulah ujian untuk semua manusia di muka bumi ni. Itu yang main utamanya, ujian subtopicnya barulah mengenai masalah keluarga, kawan, cinta, pelajaran, kerja. Faham!!

Allah Maha Mengetahui segala mengenai diri kita.

    Kita kena ingat yang turunkan ujian ni Allah, yang tolong kita selesaikan ujian ni juga Allah. Percayalah, Allah menurunkan ujian kepada manusia bersama penyelesaiannya sekali. cuma kita manusia yang kuat atau tidak untuk terus mencari. Jika kita fikir, takut, marah, sedih, nervous macammanapun, kita tetap akan laluinya. So, just go with flow.ok ^__^

   Sekarang aa nak kita semua ucap ALHAMDULILLAH. Sebab ujian-ujian yang kita hadapilah, kita mampu jadi diri kita yang sekarang. Semoga kita tidak lupa diri dan terus bermotivasi untuk jadi yang lebih baik serta dapat beri manfaat kepada orang lain.

   So, pilihan di tangan anda masih nak teruskan mentaliti yang ujian tu membebankan atau nak jadi segelintir yang menganggap ujian itu buah tangan daripada Allah. Itu hak anda!

 



Sunday, 3 November 2013

Jom muhasabah diri - Janji

     


Assalamualaikum.

     Alhamdulillah, syukur kepada Allah harini kita masih hidup untuk terus menghambakan diri kita kepada Nya. Alhamdulillah. Jika kita muhasabah diri kita, ternyata betapa banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Betapa banyak janjiNya yang telah Dia tunaikan melalui takdir kita. Lalu, apakah kita turut berbuat demikian? Menunaikan janji dan tepatinya? Berapa banyak janji kita kepadaNya sepanjang kita hidup dan apakah kita telah tunaikan.Wallahu'alam.
                                                        
                                  Janji
                                                                     
      Entri kali ni aa nak kita semua berfikir semula termasuk aa  janji-janji kita kepada pencipta kita. Kita sering kali berniat di dalam hati untuk tidak terus melakukan kesalahan, dan kesilapan. Kita janji untuk berubah. Kita mengetahui apa yang baik dan yang buruk. Tetapi sayang, kita masih terus melakukan khilaf yang sama, dan semakin lama dosa kita bertambah lalu menambahkan lagi titik gelap dalam hati kita. Di mana segala janji untuk berubah? Istiqamahkah kita? Iltizamkah kita?

      Sedarkah kita Allah masih memberi peluang untuk kita menunaikan janji kita. Allah menggerakkan hati antara hambanya yang lain untuk menasihati kita, kita menganggapnya sebagai 'busybody'. Allah menambahkan perencah dalam hidup kita dengan ujian supaya kita ingat kepadaNya, kita menganggap sebagai 'tak adil'. Lalu Allah memberi pula kesenangan, kita menganggap 'rezeki' dan kita terus melupakanNya. Dan dimana kita letakkan janji kita setelah Allah menunaikan janjiNya kepada kita?

        Kita sentiasa meminta tetapi sentiasa pula melakukan kemungkaran dalam nikmat yang diberinya.
Lalu, dimana kita meletakkan rasa malu? Kita malu jika orang yang kita kenali mengetahui dosa yang kita lakukan tetapi apakah kita merasa malu kepada Allah pencipta kita yang telah menurunkan rezeki kepada kita? Mari sahabat-sahabat, kita muhasabah semula diri kita. 

        Nah, buat seperti apa yang saya katakan. Pergi ke hadapan cermin. Tatap muka kamu, pandang terus pada mata kamu. Letakkan tangan kanan pada kedudukan jantung kamu. Panggil nama kamu, usap perlahan tangan kamu dan cakap dengan diri kamu. Mulakan dengan pujian ke atas nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu. Contoh, "Assalamualaikum aa. Sihat? Wah, aa masih diberi kesempurnaan anggota tubuh, bertuahnya aa". Lepas tu, tanya pada diri apa yang kamu telah lakukan selama mana kamu hidup. Berbual dengan diri sendiri macam kamu sedang menasihati seseorang. Dapat? 

       Ok, lepas baca entri ni, kita sama-sama cuba berubah ke arah yang lebih baik. Ingat, kita hanya diberi satu nyawa sahaja. Gunakan sebaiknya. Pesan pada diri jangan ikutkan nafsu sahaja. Imbangkan dengan iman dan akal. Selebihnya terpulang kepada diri sendiri untuk terus iltizam dan istiqamah. Aa doakan semoga kita sama-sama menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada insan yang lain. InsyaAllah.

      "Ya Allah ,ampunilah kami, ibubapa kami, guru-guru kami, ahli keluarga kami, sahabat handai kami, serta seluruh kaum muslimin serta muslimat .Yang khilaf dalam melakukan dosa, yang berjanji tetapi tidak menepatinya, yang sering mendustakan nikmatMu, yang meletakkan dunia sebagai nikmat, yang sentiasa mengulangi dosa yang sama. Ya Allah, Engkau kurniakanlah taufik dan hidayahMu ke dalam hati kami. Jangan Ya Allah engakau palingkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami. Tetapkanlah hati-hati kami Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, engkau ingatkanlah jika kami lupa, engkau bimbinglah kami dalam jalan berliku menuju kepadaMu. Ya Allah, matikanlah kami dalam keaadaan husnul khatimah, jauhkanlahlah kami dari azab kubur, siksa neraka dan daripada fitnah dajal.
Ya Allah, permudahkan urusan kami di dunia jua di akhirat." Amin Ya Rabb.

Saturday, 2 November 2013

Cinta itu Buta atau Suci?

Assalamualaikum.

     Apa khabar iman pada hari ini? semakin bertambah atau berkurang atau same jer levelnya? Tepuk dada tanya iman yer. Ok, entri kali ni aa nak sentuh sikit pasal hati. Bukan nak ambil hati yer,tapi nak berbicara mengenai hati. Kalau aa cakap pasal hati, rasanya apa yang terlintas di fikiran korang? Ha,mesti fikir pasal kekasih hati, jodoh, tunang, hubby, honey, beby, sayang n sewaktu lah dengannya. kan, kan, kan? hehehehehhehe...

     So, aa nak berkongsi sedikit rasa hati dengan korang semua. Ye, aa mungkin tiada pengalaman dalam bercinta tapi aa pernah merasakan apa itu cinta yang membuatkan aa faham dunia cinta ni walau mungkin tak semuanya. Benarlah pepatah yang cinta itu buta dan boleh membutakan. Tapi bagi aa ianya berbeza dengan pepatah aa bahawa cinta itu suci dan sucinya ia mampu menerangkan cinta yang buta. Nampak tak gamenya di situ,hehehhe.

    Pokok asas cinta adalah hati. Kalau korang rasa nak jadi buta dalam bercinta, mudah saja. Cuma cari orang yang boleh buat jantung korang dup dap dup dap, then bercinta n rasalah kebutaannya.
Tapi kalau korang nak rasa cinta yang boleh menerangkan kebutaan cinta tu, korang kena berkorban.
Eh, apa nak korban pulak ni. aku manusia, bukan lembu. Ye, sebab kita ni manusia lah kita kene buat sedikit pengorbanan dalam hidup kita. Kita perlu berkorban untuk MENJADI sebelum MENCARI.

    Yang aa maksudkan kat sini adalah kita perlu berusaha untuk menjadi seperti apa yang kita harapkan untuk pasangan kita. Bahasa mudahnya, kita nak orang yang solat 5 waktu. So kita kena n wajib jaga solat 5 waktu kita. Simple as that. Tu contohlah ea. Korang punya contoh mesti lain kan.

Korang pernah denar tak ayat ni "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya". Mesti pernah kan?.N mesti korang selalu pertikaikan camni "Ada je aku tengok kawan aku yang jahat dapat perempuan yang gila baik?". Kan. So, aa nak tanya korang, agaknya korang tahu ke apa yang ada dalam hati kawan korang tu? Yup, niat dia! Nawaitu terhadap ALLAH. Mungkin yang korang nampak, dia tu jahat tapi hakikatnya di hati dia ingin untuk berubah. Mana tahu lah kan. Sebab tu Allah kurniakan seseorang yang boleh membimbing dia.

Jadi, percaya pada takdir Allah! Itu adalah jalan yang paling terbaik. Kepada yang masih mencari, teruskan usaha,banyakkan berdoa, istikharah n tawakal. Pasti ada lorongnya. Jangan lupa, minta doa dari ibubapa. Dan tak salah jika kita minta doa daripada alim ulama'. Yang penting diri kita. Jaga hubungan dengan Allah.

                                       

Ada faham? Sekarang ni pilihan korang nak pilih yang membutakan atau menerangkan yang buta!!
Wallahu'alam.

Friday, 1 November 2013

Sihat Fizikal tapi Sakit Mental



Assalamualaikum.

    Bagaimana tahap mental anda sekarang ni? sihat? atau ada masalah? Ok ,ni nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang aa berada di hospital psiakiatrik. Ha!! Psikiatrik?? Hospital gila tu?? Biar betul??hehehhe.. Betul lah tu,TAPI bukan aa yang jadi pesakit taw. Aa praktikal je kat situ. :)

Jururawat Pelatih
    Best taw kat sana sebenarnya sebab dapat pengalaman baru. Selama ni tengok kat tv je. Ha,gitu. Ok,berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya pesakit yang aa jumpa hampir semua sihat-sihat belaka. Kenapa aa cakap macam tu? Percaya tak, diorang ni melakukan ativiti harian mereka sendiri tak macam pesakit kat wad yang lain. Siap ada aktiviti tambahan lagi macam melukis,main pingpong, mewarna, main dam, carrom, chess, karaoke pun ada tau! Ha, nampak macam best kan.hehhehe..

    Tapi hakikatnya,dalaman diorang ni sakit atau lebih difahami jika aa cakap mental diorang ni bermasalah. Antara simptom biasa yang diorang alami yang mana membolehkan diorang masuk ke situ adalah halusinasi, delusi. Diorang ada cerita yang diorang ada dengar suara-suara yang mengarah diorang untuk berbuat sesuatu,ada nampak bayangan yang menakutkan.
Ha, kalau korang pun mengalami masalah yang sama,aa sarankan cepat2lah jumpa doktor ye. hehehhe.

    Rasanya apa faktor penyebab? Yup, tak dapat disangkal faktor genetik adalah penyebab utama kepada masalah mental ni TETAPI kalau kita tahu kita ada genetik tu, kita kenelah pandai kawal diri kita.
Kedua sebab stress berlebihan.Ha,ni mesti selalu berlaku pada kita kan? tapi macam aa cakap, kita yang perlu mengawal diri kita sendiri! Selain tu, faktor pengambilan dadah, ice,syabu, ganja pun merupakan penyebab mental kita sakit. So,aa nak pesan tak payah lah gatal2 nak cuba rasa benda2 macam tu.
Banyak buruk dari baiknya. Korang jangan tak percaya pula kalau aa cakap, golongan yang ber'educated' lah yang banyak ambil benda2 ni. Yang aa jumpa kat situ ada polis, engineer, cikgu , student IPT n doktor pun ada tau.

   Banyak lagi faktor lain tapi ini je yang menarik untuk dikongsi. Hehehehhe. So, bende first yang korang pelu elak atau kurangkan adalah stress.

                                

Betul, Aa tak tipu. Lagi2 kalau self esteem yang rendah. Berhati-hatilah. Nasihat aa,ikut suruhan Allah. Kalau kita percaya Allah, kita akan melakukan semua perintahNya. Bila kita solat, baca Al-Quran, insyaAllah makanan rohani kita terjaga dan ketenangan akan selalu hadir dalam diri kita. So, kalau tak nak gila, jangan lupa bagi makanan kat rohani atau mental kita. Kalau ia lapar, meranalah kita!

Wallahu'alam.




Pilihlah untuk Senyum :)



Assalamualaikum.

Untuk first entry ni, aa cuma nak berceloteh pasal diri aa.btw dah lama sangat nak buat blog tapi baru sekarang dapat dilaksanakan atas sebab2 tertentu. So beri tunjuk ajar. aa masih baru dalam dunia blog ni. jemputlah singgah blog aa. InsyaAllah,aa akan sentiasa update blog aa. :)

Kita berhak membuat pilihan dalam kehidupan kita sendiri tidak kiralah kita miskin,kaya,sihat,sakit. Ingatlah,segalanya ujian yang perlu kita tempuh. Hadapi dengan tabah,kuat. Allah tahu batas kemampuan kita sebagai hambanya. Dan kita perlu ingat "Semakin Allah sayang kita, semakin tinggi dugaan yang Allah beri pada kita". Walau apa pun keaadaan kita, pilihlah untuk senyum. Senyumlah walau dalam kedukaan perasaan. Senyuman itu dapat menyebarkan virus-virus bahagia yang mampu membuat mereka tersenyum kembali kepada kita.
So,do the right choice!! ^_^

Wallahu'alam.