Powered By Blogger

Sunday 23 February 2014

~Bahagia~

Assalamualaikum.

Dah lama aa berpuasa daripada menulis blog. Aa tak busy mana pun cuma ketiadaan mood untuk menulis. Kadang-kadang banyak perkara yang aa nak kongsikan,kupas tapi semua tu hanya dimainkan dalam minda aa sahaja tanpa aa terjemahkan. Hari ni mood tu datang semula selepas malam tadi aa buka blog aa. Kenapa?? Hampir 2 bulan aa tak menjenguk blog aa, then bila aa tengok review untuk bulan lepas, masih ada pembaca yang melawat blog aa. Terima kasih aa ucapkan. J

Ok, berbalik semula dengan tajuk yang aa nak kupaskan hari ni adalah tentang bahagia. Sebenarnya apa yang didefinisikan dengan bahagia? Adakah sepanjang anda hidup ni anda sudah merasai bahagia? Dan adakah anda sudah puas dengan rasa bahagia itu? Atau masih ada di kalangan anda yang masih tercari-cari kebahagiaan itu? Jom baca kupasan aa tentang isu bahagia ni.

Bahagia itu adalah rasa yang ada dalam hati kita. Begitu juga seperti cinta. Ianya kompleks. Ada orang bahagia apabila bersama keluarganya atau bersama yang tersayang. Ada juga yang bahagia apabila dapat cuti,gaji. Ada juga yang merasai bahagia apabila dapat mencapai kepuasan yang diimpikan.

Teringat aa pada lagu nasyid UNIC  yang bertajuk “ Hakikat Bahagia”. Mari dengar halwa telinga yang boleh membuatkan kita faham erti sebenar bahagia.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata
Di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Makhluk di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jua kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kau yang  jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bilasi hati yang lupakan tuhan

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud tersemi illahi
Itulah zikir yang hakiki

So, nampak tak gamenya kat situ.hehehehe. Hakikat bahagia yang sebenar-benarnya apabila hati kita ni subur mengingati Allah. Aa bukan membincangkan maksud nasyid di atas, tapi itulah yang aa maksudkan yang sebenarnya. Cuba kita berfikir semula jika kita berada dalam kesusahan atau kesempitan, siapa yang kita akan cari? Bukankah Allah yang kita cari? Fitrah manusia untuk mencari tuhan ketika tiada tempat lagi untuk bersandar  atau bergantung. Sedikit-sedikit kita cuba menggagahkan diri dalam mengharungi kehidupan. Tapi kita manusia, mudah lupa! Lupa di saat kita berjaya mengecapi bahagia yang minda kita cipta. Tanpa pedulikan siapa yang bersama kita dikala kita menangis kesedihan. Allahuakbar. Allah,Allah,Allah.

Jadi, aa nak tanya, adakah anda tergolong dalam golongan yang bahagia? Macam mana nak tahu? Senang jer, dalam situasi hidup anda sekarang ni tak kiralah apa pun masalah anda, adakah anda berasa tenang? Jika ya jawapan anda, anda adalah seorang yang dapat merasakan bahagia dalam hidup anda.

Ke mana pun kita nak kemudikan hidup kita, sentiasa bawa Allah dalam diri kita. InsyaAllah,Allah akan bimbing kita dalam berasa bahagia yang lain dari yang lain. Adapun, jika kita hendak melakukan perkara yang dilarang Allah, semoga apabila kita sentiasa meletakkan Allah dalam hati kita, kita dapat mencegah daripada melakukannya. Anda nak bahagia? Aa pun nak dan aa sedang merasainya. Alhamdulillah.  Semoga aa dapat menjaga rasa bahagia ini. Tapi anda?

Mari kita cari bahagia yang hakikatnya berada di hati kita dan kita sebarkannya. Jom aa kongsi cara aa. Cari tempat untuk berbaring,then baring. Pandang syiling, letak tangan kanan di kawasan jantung anda. Cuba komunikasi dengan Allah. Ceritalah apa yang anda dah buat sehari tu. Tak kisah apa pun, pasal keluarga, kekasih, kawan, masalah, duit, ataupun cita-cita walhal baju yang anda pakai hari ni warna apa pun takpe. Pelik? Itu yang kita tak tahu, kita berasakan kita hanya boleh berkomunikasi dengan Allah semasa solat sahaja sedangkan kita ada waktu lain untuk berjumpa dengan Dia. Senang kan. Tak susah. Kalau rasa nak berdiri pun boleh. Selalunya kalau aa berdiri aa suka pandang keindahan alam sambil membuat dialog dengan Allah.

Time tu kita akan rasa tenang sangat, rasa beban semua terluah. Kadang-kadang kita manusia ni suka cerita masalah kat orang lain pun bukan nak harapkan mereka menyaelesaikan masalah kita, tapi kita nak mereka mendengar cerita kita sahaja. Kan. Betul kan aa cakap.


Oklah, aa harap anda-anda yang membaca dapat mengambil sedikit sebanyak mengenai hakikat bahagia. Apapun aa doakan semoga kita semua adalah manusia yang bahagia di akhirat kelak. InsyaAllah, amin.