Assalamualaikum.
Dah lama aa
berpuasa daripada menulis blog. Aa tak busy mana pun cuma ketiadaan mood untuk
menulis. Kadang-kadang banyak perkara yang aa nak kongsikan,kupas tapi semua tu
hanya dimainkan dalam minda aa sahaja tanpa aa terjemahkan. Hari ni mood tu
datang semula selepas malam tadi aa buka blog aa. Kenapa?? Hampir 2 bulan aa
tak menjenguk blog aa, then bila aa tengok review untuk bulan lepas, masih ada
pembaca yang melawat blog aa. Terima kasih aa ucapkan. J
Ok, berbalik
semula dengan tajuk yang aa nak kupaskan hari ni adalah tentang bahagia. Sebenarnya apa yang
didefinisikan dengan bahagia? Adakah sepanjang anda hidup ni anda sudah merasai
bahagia? Dan adakah anda sudah puas dengan rasa bahagia itu? Atau masih ada di
kalangan anda yang masih tercari-cari kebahagiaan itu? Jom baca kupasan aa
tentang isu bahagia ni.
Bahagia itu adalah rasa yang ada dalam
hati kita. Begitu juga seperti cinta.
Ianya kompleks. Ada orang bahagia apabila bersama keluarganya atau bersama yang
tersayang. Ada juga yang bahagia apabila dapat cuti,gaji. Ada juga yang merasai
bahagia apabila dapat mencapai kepuasan yang diimpikan.
Teringat aa
pada lagu nasyid UNIC yang bertajuk “
Hakikat Bahagia”. Mari dengar halwa telinga yang boleh membuatkan kita faham
erti sebenar bahagia.
Bahagia
itu dari dalam diri
Kesannya
zahir rupanya maknawi
Terpendam
bagai permata
Di
dasar hati
Bahagia
itu ada pada hati
Bertakhta
di kerajaan diri
Terpendam
bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia
itu ada di jiwa
Makhluk
di singgahsana rasa
Bahagia
itu adalah suatu ketenangan
Bila
susah tiada gelisah
Bila
miskin syukur pada tuhan
Bila
sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah
dengan mengingati Allah jua kan menjadi tenang
Kebahagiaan
itu suatu kesyukuran
Bila
kau yang jadi insan pemurah
Bila
berkuasa amanah
Bila
berjaya tidak alpa
Bilasi
hati yang lupakan tuhan
Hakikatnya
bahagia itu adalah ketenangan
Bila
hati mengingati tuhan
Semua
insan kan mengerti
Maksud
tersemi illahi
Itulah
zikir yang hakiki
So, nampak
tak gamenya kat situ.hehehehe. Hakikat bahagia yang sebenar-benarnya apabila
hati kita ni subur mengingati Allah. Aa bukan membincangkan maksud nasyid di
atas, tapi itulah yang aa maksudkan yang sebenarnya. Cuba kita berfikir semula
jika kita berada dalam kesusahan atau kesempitan, siapa yang kita akan cari?
Bukankah Allah yang kita cari? Fitrah manusia untuk mencari tuhan ketika tiada
tempat lagi untuk bersandar atau
bergantung. Sedikit-sedikit kita cuba menggagahkan diri dalam mengharungi kehidupan.
Tapi kita manusia, mudah lupa! Lupa di saat kita berjaya mengecapi bahagia yang
minda kita cipta. Tanpa pedulikan siapa yang bersama kita dikala kita menangis
kesedihan. Allahuakbar. Allah,Allah,Allah.
Jadi, aa nak
tanya, adakah anda tergolong dalam golongan yang bahagia? Macam mana nak tahu?
Senang jer, dalam situasi hidup anda sekarang ni tak kiralah apa pun masalah
anda, adakah anda berasa tenang? Jika ya jawapan anda, anda adalah seorang yang
dapat merasakan bahagia dalam hidup anda.
Ke mana pun
kita nak kemudikan hidup kita, sentiasa bawa Allah dalam diri kita.
InsyaAllah,Allah akan bimbing kita dalam berasa bahagia yang lain dari yang
lain. Adapun, jika kita hendak melakukan perkara yang dilarang Allah, semoga
apabila kita sentiasa meletakkan Allah dalam hati kita, kita dapat mencegah
daripada melakukannya. Anda nak bahagia? Aa pun nak dan aa sedang merasainya.
Alhamdulillah. Semoga aa dapat menjaga
rasa bahagia ini. Tapi anda?
Mari kita
cari bahagia yang hakikatnya berada di hati kita dan kita sebarkannya. Jom aa
kongsi cara aa. Cari tempat untuk berbaring,then baring. Pandang syiling, letak
tangan kanan di kawasan jantung anda. Cuba komunikasi dengan Allah. Ceritalah
apa yang anda dah buat sehari tu. Tak kisah apa pun, pasal keluarga, kekasih,
kawan, masalah, duit, ataupun cita-cita walhal baju yang anda pakai hari ni
warna apa pun takpe. Pelik? Itu yang kita tak tahu, kita berasakan kita hanya
boleh berkomunikasi dengan Allah semasa solat sahaja sedangkan kita ada waktu
lain untuk berjumpa dengan Dia. Senang kan. Tak susah. Kalau rasa nak berdiri
pun boleh. Selalunya kalau aa berdiri aa suka pandang keindahan alam sambil
membuat dialog dengan Allah.
Time tu kita
akan rasa tenang sangat, rasa beban semua terluah. Kadang-kadang kita manusia
ni suka cerita masalah kat orang lain pun bukan nak harapkan mereka
menyaelesaikan masalah kita, tapi kita nak mereka mendengar cerita kita sahaja.
Kan. Betul kan aa cakap.
Oklah, aa
harap anda-anda yang membaca dapat mengambil sedikit sebanyak mengenai hakikat
bahagia. Apapun aa doakan semoga kita semua adalah manusia
yang bahagia di akhirat kelak. InsyaAllah, amin.